Tuesday,
15
December
cara 2 mudah
|
Tuesday, 15 December 2015
Bahan-bahan:1 1/2 liter ais krim vanila
kek span coklat----->>>>sila lihat resepi DI SINI
450g non-dairy whipping cream-diputar hingga kental (soft peak)
chocolate rice-untuk topping
chocolate syrup-untuk topping (boleh guna syrup Hershey atau pun syrup Hoko,Van Houten)
Cara Penyediaan Kek Ais Krim Vanila:
1.Adunan kek span coklat dibahagi kepada dua.Satu adunan di bakar dalam Loyang bulat 9" &
satu adunan dibakar dalam Loyang 10 1/2" x 7 1/2 " (lihat gambar di bawah).
2.Setelah kek span masak,keluarkan dari oven kemudian biarkan ia sejuk sepenuhnya (lihat gambar
di bawah).
Setelah itu kek 9" dibahagi kepada dua bahagian yang nipis untuk diguna sebagai dasar dan
penutup.Kek span yang empat persegi dipotong memangjang mengikut tinggi loyang.
3.Guna loose tin 9".Letakkan satu lapisan kek span coklat di dasar loyang,kemudian letak juga
potongan kek yang panjang di tepi loyang,letak dengan kemas agar ais krim tak mudah meleleh.
(lihat gambar di bawah yang berbentuk perigi)
4.Setelah itu,ambil ais krim vanilla dan sudukan ke dalam bekas tadi.Buat kemas-kemas yea.
(lihat pada gambar di bawah).Pastikan ais krim yang kita guna tu tak cair sangat agar
kek ais krim kita nantinya tidak keras macam batu.
No comments:
Post a Comment